Profil Syarikat

Sing Kong Optical merupakan ibu syarikat kepada The Vision Group yang telah beroperasi pada tahun 1968 dan telah mempunyai tradisi dalam memberi servis penjagaan mata yang berkualiti di Malaysia. Syarikat ini juga mempunyai reputasi yang baik di dalam industri optikal di Malaysia sejak ia mula beroperasi dengan hanya sebuah kedai di Batu Pahat, Johor. Syarikat ini telah berkembang dengan pesat di bawah pimpinan En Steven Ng Peng Wah, Pengarah Kumpulan Pengurusan The Vision Group.

Dengan jumlah cawangan yang semakin meningkat ini menjadi ia sebuah testimoni yang melambangkan kejayaan kepimpinan oleh pihak pengurusan dan pasukan dalam mengurus semua cawangan ini menjadi sebuah premis optikal yang bereputasi tinggi.

En Steven Ng merupakan Presiden Malaysia Optometry Association (MOA) (2005-2007) dan juga Pengerusi Pendidikan dari tahun 1995 sehingga sekarang. En Ng juga meupakan ahli  majlis kepada Malaysia Retaliters Associataion (MRA) dan Pengerusi Specialty Store Committee (2003 – 2004). Beliau juga merupakan pengerusi kepada The Summit Merchants Association Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan Pengerusi kepada Persatuan Peniaga Peniaga Menara Majlis Daerah Batu Pahat Barat (MDBPB). Beliau juga merupakan ahli kepada Banding Association Of Malaysia (BAM). Syarikat ini juga memiliki sumber dan kepakaran yang cukup untuk menjadi peneraju pasaran di dalam industri ini.

Syarikat ini juga menggunakan instrumen serta peralatan yang canggih dalam menyediakan servis penjagaan mata kepada semua pelanggan. Syarikat ini juga percaya dengan kebolehan dalam memberi servis penjagaan mata yang TERBAIK dan juga melaksanakan konsep yang unik dan bersungguh sungguh dalam konsep Perkongsian dan Francais.

Melalui rangkaian cawangan yang terbaik, The Vision Group percaya mesej yang ingin disampaikan adalah jelas kepada rakyat Malaysia:

“Penglihatan Anda Tanggungjawab Kami”